Isnin, 21 Jun 2010

hArI pErTaMa Ku..

hari pertama mmg memenatkan..byknya keje kena settlekan..keje dari sblum cti tak siap2 lagi..iaitu markah budak2 dan buku prestasi murid..pastu keje panitia pulak..utk meting guru mgu depan kene bentg adehhh..folio prktkum tak mula lagi adusss...

apapun kena tanamkan dalam diri 'yakin boleh'...'yakin boleh'..wpun Allah saja yg tahu hti kita kan3..

tapi hati tetap berdebar2 ya allah menanti hari2 esok yg belum kita tahu lagi....kuatkan hatiku ini...yakin diri boleh buat dengan jayanya insyaallah Allah bersama2 membantu kita amennnn he3

Khamis, 17 Jun 2010

masa oh masa....

tamat sudah maktab interaksi jun 2010 hehe..ptg smalam sampai rumah..malam pula terus tanda paper budak..nanti lagi byk keje kalau tangguh2..yang pasti prktikum menanti..tak tau nak mula yg mana ni..ya allah berilah daku petunjuk..amenn

Sabtu, 12 Jun 2010

DEFINISI PPBK:
Istilah asalnya dalam bahasa Inggeris ialah Computer Aided Instruction(CAI) atau Computer Based Instruction (CBI). Kedua-dua istilah sering digunakan di US. Di UK pula, Computer Assisted Learning (CAL) atau Computer Based Learning (CBL) di mana kedua-duanya membawa maksud yang sama.

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer bermaksud menggunakan komputer sebagai alat untuk menyampaikan maklumat sama ada dalam pengajaran, melatih, membimbing dan menilai prestasi pelajar.Dengan menggunakan komputer untuk menjadikan pelajar lebih berminat serta menambah keberkesanan Pengajaran.

Pelajar diberi peluang untuk belajar secara interaktif dengan komputer dan tidak membebankan .Ini adalah kerana pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dari satu langkah demi langkah dan boleh mengulangi semula jika tidak difahami tentang sesuatu topik jika tidak difahami.

* Computer Assisted Learning
* Computer Assisted Instruction
* Computer Based Instruction
* Computer Aided Learning
* Computer Based Learning

Penggunaan komputer untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial,latih tubi, simulasi dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar.

Ciri-ciri PPBK:
* Berasaskan individu
* Boleh diulang
* Bahan disediakan oleh guru
* Ramah pengguna
* Boleh diubahsuai mengikut tahap murid
* Interaktif

PERISIAN PPBK:
* Verbal
* Latih tubi
* Simulasi
* Inkuiri
* Tutorial
* Penyelesaian Masalah
* Permainan